[43]
(Dalam pada itu)
mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke
[44]
Dan berilah amaran
(wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari
kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu,
orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan
kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke
suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada
mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan
bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan
kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
[45]
"Padahal kamu
telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri
mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas
bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai
bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan
(di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
[46]
Dan sesungguhnya
mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang
di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat
mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
[47]
Oleh itu, janganlah
engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
[48]
(Ingatlah) masa hari
bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya
keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
[49]
Dan engkau akan
melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
[50]
Pakaian mereka dari
belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh
jilatan api neraka.
[51]
(Keluarnya manusia
dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap
seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan
hisabNya.
[52]
(Al-Quran) ini
disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat
dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di
dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya
orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.