[91]
(Iaitu) mereka yang
menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya
kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
[92]
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari
kiamat kelak), -
[93]
Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
[94]
Oleh itu,
sampaikanlah secara berterus-terang apa yang
diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan
dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
[95]
Sesungguhnya Kami tetap
memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan
mempersendakanmu, -
[96]
(Iaitu) mereka yang
mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan
mengetahui kelak (akibatnya).
[97]
Dan demi
sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
[98]
Oleh itu,
bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang
sujud.
[99]
Dan sembahlah
Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Al-Nahl
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Telah hampir
datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta
disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia
dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
[2]
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu
dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang
layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah
kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu,
bertaqwalah kamu kepadaku".
[3]
Ia menciptakan langit dan bumi dengan
cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik
yang mereka lakukan.
[4]
Ia menciptakan
manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
[5]
Dan
binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya
untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan
beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.
[6]
Dan
bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati)
ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu
membawanya keluar (pada waktu pagi).