[197]
(Masa untuk
mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang
termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya
(dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri,
dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa
mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang
kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri
(dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang
berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
[198]
Tidaklah menjadi
salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan
ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari
[199]
Selain
dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang
ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun),
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[200]
Kemudian apabila
kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu
menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu
dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan
yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya
sedikitpun kebaikan di akhirat.
[201]
Dan di antara mereka
pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka".
[202]
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka
usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.