[8]
"Adakah ia berdusta terhadap Allah, atau ia kena penyakit
gila?" (Tidak ada satupun) bahkan orang-orang yang tidak percaya kepada
hari akhirat tetap beroleh (di
[9]
(Setelah mereka mengejek-ejek
dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di
hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah
mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di
bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari
langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi
satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu
kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).
[10]
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami
(sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap
tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah
bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;
[11]
(Serta Kami wahyukan
kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah
jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan
umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang
kamu kerjakan".
[12]
Dan Kami kurniakan
kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk
bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api
neraka.
[13]
Golongan jin itu
membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang
tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti
kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami
perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
[14]
Setelah Kami
tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada
mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan
tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu,
bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka
tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.