[25]
"Mengapa kamu tidak
bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
[26]
(Mereka pada ketika
itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri
dengan hina (untuk diadili);
[27]
Dan masing-masing
pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
[28]
Pengikut-pengikut
berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat
kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
[29]
Ketua-ketuanya
menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang
yang beriman!
[30]
"Dan kami
(selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu,
bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
[31]
(Dengan keadaan diri
kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan)
oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
[32]
"(Dengan sebab
ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana
sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
[33]
Maka sesungguhnya
mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
[34]
Sesungguhnya demikianlah
Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
[35]
Sebenarnya mereka
dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang
sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya,
-
[36]
Serta mereka berkata:
" Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana
mendengar ajakan seorang penyair gila?"
[37]
(Tidak! Nabi
Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa
kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh
Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
[38]
Sesungguhnya kamu
(wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
[39]
Dan kamu tidak
dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah
kerjakan;
[40]
Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
[41]
Mereka itu beroleh
limpah kurnia yang termaklum,
[42]
Iaitu buah-buahan
(yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
[43]
Di dalam
syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
[44]
Mereka duduk
berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
[45]
Diedarkan kepada
mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
[46]
Minuman itu putih
bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
[47]
Ia tidak mengandungi
sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
[48]
Sedang di sisi
mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada
mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
[49]
(Putih
kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya.
[50]
(Tinggalah penduduk
Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil
berbincang dan bertanya-tanyaan.
[51]
Seorang di antaranya
berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang
menempelak daku).