[154]
Apa sudah jadi kamu?
Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
[155]
Setelah ditegur,
maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya
anak-pinak)?
[156]
Atau adakah kamu
mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak
perempuan Allah)?
[157]
(Kiranya ada) maka
bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang
yang benar.
[158]
(Mereka telah
mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara
Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui
bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke
dalam azab pada hari akhirat).
[159]
Maha Suci Allah dari
apa yang mereka katakan itu!
[160]
Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan
akan mendapat sebaik-baik balasan).
[161]
Maka sebenarnya kamu
(wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
[162]
Tidak akan dapat
merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
[163]
kecuali orang-orang
yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang
menjulang-julang.
[164]
(Malaikat pula
menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari
kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam
menyempurnakan tugasnya);
[165]
"Dan sesungguhnya
kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
[166]
"Dan
sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang
sifat kekurangan)!"
[167]
Dan sebenarnya
mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
[168]
"Kalaulah ada
di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
[169]
"Tentulah kami
akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
[170]
(Setelah Al-Quran
diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan
mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
[171]
Dan demi
sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba
Kami yang diutus menjadi Rasul -
[172]
Bahawa sesungguhnya
merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
[173]
Dan bahawasanya
tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan
(golongan yang menentang kebenaran).
[174]
Oleh itu
berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta
bersabarlah) hingga ke suatu masa.
[175]
Dan lihat (apa yang
akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang
telah Kami tetapkan untukmu).
[176]
Maka tidaklah patut
mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
[177]
Kerana apabila azab
itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari
orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
[178]
Dan berpalinglah
(wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah)
hingga ke suatu masa.
[179]
Dan lihatlah (apa
yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
[180]
Akuilah kesucian
Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka
katakan!
[181]
Dan (ucaplah) salam
sejahtera kepada sekalian Rasul.
[182]
Serta (ingatlah
bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.