[36]
Dan
berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang
musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu
lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu
keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun
demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
[37]
Sesungguhnya
(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak
lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada
masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan
bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran
kepadanya.
[38]
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
[39]
Oleh itu bersabarlah
(wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka
(yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama)
sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
[40]
Serta
bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
[41]
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari
kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang
telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
[42]
Iaitu
hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari
seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.
[43]
Sesungguhnya Kami menghidupkan
dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
[44]
Pada
hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan
(menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di
[45]
Kami lebih
mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai
Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya
masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada
orang yang takutkan janji azabKu.
Adz-Dzaariyaat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1]
Demi angin yang
menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan
penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
[2]
Dan awan yang
membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
[3]
Dan kapal-kapal yang
belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
[4]
Dan malaikat-malaikat
yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
[5]
(Sumpah demi sumpah)
bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat)
tetap benar;
[6]
Dan bahawa
sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.