[7]
Demi langit yang
mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
[8]
Sesungguhnya
kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad, s.a.w).
[9]
Dipalingkan
daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan
sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
[10]
Binasalah orang-orang
yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara
agak-agak sahaja,
[11]
(Iaitu)
orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
[12]
Mereka bertanya
(secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
[13]
(Jawabnya: hari itu
ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api
neraka, -
[14]
(Sambil dikatakan
kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia
yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
[15]
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16]
(Keadaan mereka di
[17]
Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]
Dan pada waktu akhir
malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon
ampun).
[19]
Dan
pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak
untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada
meminta).
[7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan
yang berbagai bentuk keadaannya, [8] Sesungguhnya
kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad, s.a.w). [9] Dipalingkan
daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan
sebab keikhlasannya mencari kebenaran). [10] Binasalah
orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara
agak-agak sahaja, [11] (Iaitu) orang-orang
yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). [12] Mereka bertanya (secara mengejek):
"Bilakah datangnya hari pembalasan itu?" [13]
(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, - [14] (Sambil
dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu;
inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya". [15] Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah
ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan
matair-matair terpancar padanya. [16] (Keadaan
mereka di
[20]
Dan pada bumi ada
tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang
(yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
[21]
Dan juga pada diri
kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
(dalil-dalil dan bukti itu)?
[22]
Dan di langit pula
terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah
(ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
[23]
Maka demi Tuhan
langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut
diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat
berkata-kata.
[24]
Sudahkah sampai
kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?
[25]
Ketika mereka masuk
mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera
kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata
dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
[26]
Kemudian ia masuk
mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang
dipanggang).
[27]
Lalu dihidangkannya
kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
[28]
(Setelah dilihatnya
mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan
mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut
(wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa
ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
[29]
(Mendengarkan berita
yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan)
lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul,
(bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
[30]
Mereka berkata:
"Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja);
Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".