Al-Muzzammil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Wahai orang yang
berselimut!.
[2]
Bangunlah sembahyang
Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk
berehat),
[3]
Iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4]
Ataupun
lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5]
(Sayugialah engkau
dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat
kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan
menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang
berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6]
Sebenarnya
sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap
betul bacaannya.
[7]
(Kami galakkan
engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada
siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8]
Dan sebutlah (dengan
lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang
dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat
tumpuan.
[9]
Dia
lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka
jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
[10]
Dan bersabarlah
terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang
menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
[11]
Dan biarkanlah Aku
sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang
berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
[12]
Kerana sesungguhnya
di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang
menjulang-julang,
[13]
Serta makanan yang
menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[14]
(Azab
itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur
lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
[15]
Sesungguhnya
Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi
saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya),
sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
[16]
Maka Firaun
menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang
seberat-beratnya.
[17]
(Sekiranya
kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan
menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang
huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
[18]
Langit (yang
demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab
kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara
yang tetap dilakukanNya.
[19]
Sesungguhnya
(keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu
sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia
mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).