[31]
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
[32]
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan,
terutama anggur;
[33]
Dan perawan-perawan
yang sebaya umurnya;
[34]
Serta piala atau
gelas yang penuh dengan minuman;
[35]
Mereka tidak
mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan
yang dusta;
[36]
Sebagai balasan dari
Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang
dijanjikanNya),
[37]
Tuhan yang
mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa
yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi
kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau
pengurniaan itu);
[38]
(Tambahan pula) pada
masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu
perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan)
melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
[39]
Itulah
keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya;
maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia
mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang
soleh)!
[40]
Sesungguhnya (dengan
keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai
azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan
berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya
aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
An-Naazi'aat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Demi
(makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan
mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
[2]
Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang
selembut-lembutnya;
[3]
Dan demi
(makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang
secergas-cergasnya;
[4]
Lalu masing-masing
berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
[5]
Serta menyempurnakan
tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah,
sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada
hari kiamat)! -
[6]
Pada masa berlakunya
"tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga
mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang
dikecualikan),
[7]
Tiupan yang pertama
itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati
semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
[8]
Hati (manusia) pada
hari itu berdebar-debar takut,
[9]
Pemandangannya
tunduk gerun.
[10]
Mereka (yang ingkar)
berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia
dahulu?
[11]
"Bolehkah
(dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
[12]
Mereka berkata lagi
(secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya
kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
[13]
(Menghidupkan semula
tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan
(yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
[14]
Yang
menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
[15]
Sudahkah
sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?