Al-Kaafiruun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
[2]
"Aku
tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
"Dan
kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
"Dan
aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
"Dan
kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
"Bagi kamu
ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
An-Nasr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Apabila datang
pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya
menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat
manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah
tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia
amat menerima taubat.
Al-Masad
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Binasalah kedua-dua
tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
[2]
Hartanya dan segala
yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
[3]
Ia akan menderita bakaran api neraka
yang marak menjulang.
[4]
Dan juga isterinya,
seorang perempuan pemunggah kayu api. -
[5]
Di lehernya sejenis tali,
dari tali-tali yang dipintal.