Quraisy
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Kerana kebiasaan
aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
[2]
(laitu)
kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim
sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
[3]
Maka hendaklah
mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4]
Tuhan yang memberi
mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka
dari ketakutan.