Al-Kauthar
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Sesungguhnya
Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di
dunia dan di akhirat).
[2]
Oleh itu,
kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang
yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara
yang diingininya).