Al-Jaathiyah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1]
Haa, Miim.
[2]
Turunnya Al-Quran
ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[3]
Sesungguhnya pada
langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang yang beriman.
[4]
Dan pada kejadian
diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya,
terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang meyakininya.
[5]
Dan (pada)
pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang
diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan
di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu
mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan
akal fikiran.
[6]
Itulah ayat-ayat
penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan
kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman,
sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu
memahami dan menelitinya)?
[7]
Kecelakaanlah bagi
tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
[8]
Yang mendengar
ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus
berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh
itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[9]
Dan apabila sampai
ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya
ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.
[10]
Di hadapan mereka
(di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa
jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun;
demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan
sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang
besar.
[11]
Al-Quran ini ialah
hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan
ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.
[12]
Allah yang
memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan
perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga
supaya kamu bersyukur.
[13]
Dan Ia memudahkan
untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum
yang memikirkannya dengan teliti.
[14]
Katakanlah (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan
dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari
(pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana
Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang
mereka telah usahakan.
[15]
(Tiap-tiap balasan
berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan
terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka
bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Tuhan kamu.
[16]
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat
kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda
yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang
yang ada pada zamannya.
[17]
Dan lagi Kami telah
berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama;
maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah
sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang
baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang
ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka
pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
[18]
Kesudahannya Kami
jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat
(yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan
janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara
yang benar).
[19]
Sesungguhnya mereka
tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah
(kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu
setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam
perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi
orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
[20]
Al-Quran ini menjadi
panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk
serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
[21]
Patutkah orang-orang
yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka
semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang
mereka hukumkan itu.
[22]
Dan (ingatlah),
Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat
(untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri
diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang
mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
[23]
Dengan yang
demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana
diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas
pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?
Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah
(menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang
yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
[24]
Dan mereka berkata:
"Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita
mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita
melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang
pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
[25]
Dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai
soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak
kebenarannya) selain daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek kami (hidup
semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!"
[26]
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu,
setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari
kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
[27]
Dan bagi Allah
jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat,
pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
[28]
Dan (pada hari
kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan
menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya
(serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut
apa yang kamu telah kerjakan!
[29]
"Inilah
[30]
Adapun orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka
ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
[31]
Adapun orang-orang
yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka):
"Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu
kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa
melakukan kesalahan?
[32]
"Dan apabila
dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah
benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu
berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira
(kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya
'."
[33]
Dan (pada ketika
itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah
lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
[34]
Dan dikatakan
(kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di
dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari
kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun
yang dapat memberikan pertolongan.
[35]
"(Balasan
buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat
keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri
kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak
akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat
(memperbaiki kesalahannya).
[36]
(Demikianlah ajaran
dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala
pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, -
Tuhan sekalian alam.
[37]
Dan bagiNyalah
keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.