Al-Jinn
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan
jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu
mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami
telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya
sungguh menakjubkan!
[2]
`Kitab yang memberi
panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak
sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
[3]
`Dan
(ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan
Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
[4]
`Dan (dengan ajaran
Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal
pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata
yang melampaui kebenaran;
[5]
`Dan bahawa
sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang
dusta terhadap Allah.
[6]
`Dan bahawa
sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga
dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan
jin bertambah sombong dan jahat.
[7]
`Dan
bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu
sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak
akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
[8]
`Dan bahawa
sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit
itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan
rejaman-rejaman) api yang menyala.
[9]
`Padahal
sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit
untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang
[10]
`Dan bahawa
sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian)
hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka
hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
[11]
`Dan bahawa
sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya,
dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut
jalan dan cara yang berlainan.
[12]
`Dan bahawa
sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan
dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di
bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya
(walau ke langit sekalipun).
[13]
`Dan bahawa
sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya
(dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya,
maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang
baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
[14]
`Dan bahawa
sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan
yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan)
menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan
beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan
menurut jalan yang benar,
[15]
` Adapun orang-orang
yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi
neraka Jahannam. '
[16]
(Nabi Muhammad
diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka
(manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami
(akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat
kepada mereka.
[17]
"(Pemberian
yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka
dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap
betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati
Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke
dalam azab yang memuncak beratnya.
[18]
"Dan bahawa sesungguhnya
masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu
seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
[19]
"Dan bahawa
sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat
kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
[20]
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku
semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
[21]
Katakanlah lagi;
" Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tida
[22]
Katakanlah lagi;
"Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh
sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak
sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
[23]
"(Aku diberi
kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang
ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah
dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka
Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
[24]
(Golongan yang kufur
ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad),
sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka
(pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah
penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
[25]
(Kalau ditanya
bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang
dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi
kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
[26]
"Tuhanlah
sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara
ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
[27]
"Melainkan
kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari
perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan
yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu
malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu
selamat sampai kepada yang berkenaan).
[28]
"(Tuhan
mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya -
(dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan
Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi
segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu:
satu persatu".