Al-Insaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Bukankah telah
berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda
yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
[2]
Sesungguhnya Kami
telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari
air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami
tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia
berkeadaan mendengar dan melihat.
[3]
Kerana keadaan itu
tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui
akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang
salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan
taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
[4]
(Dalam
pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur
(atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang
menjulang-julang.
[5]
Sesungguhnya
orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan
meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6]
Iaitu
sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah
(yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka)
dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
[7]
(Mereka dikurniakan
kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang
diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab
seksanya merebak di
[8]
Mereka juga memberi
makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan
anak yatim serta orang tawanan,
[9]
(Sambil berkata
dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada
kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari
kamu atau ucapan terima kasih,
[10]
"Kami
sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya
muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
[11]
Dengan sebab (mereka
menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan
hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang
berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di
hati).
[12]
Dan
kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari)
sutera.
[13]
Mereka berehat di
dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka
tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga
merasai suasana yang terlampau sejuk;
[14]
Sedang
naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula
dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
[15]
Dan (selain itu)
diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan
piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
[16]
(Keadaannya laksana)
kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu
menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
[17]
Dan mereka dalam
Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari
"Zanjabil",
[18]
Iaitu sebuah matair
dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
[19]
Dan
mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan
mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat
anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
[20]
Dan apabila engkau
melihat di
[21]
Mereka di dalam
Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal
(yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak;
dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain)
yang bersih suci.
[22]
(Serta dikatakan
kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu
sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan
dihargai (oleh Allah)".
[23]
Sesungguhnya Kami
telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
[24]
Oleh itu hendaklah
engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang
menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara
mereka, atau orang yang kufur ingkar.
[25]
Dan sebutlah dengan
lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
[26]
Dan (dengan apa keadaan
pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan
mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan
mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu
malam.
[27]
Sesungguhnya
orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan
dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan
bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang
yang tidak bertaqwa).
[28]
Kamilah yang
menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami
berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka
dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
[29]
Sesungguhnya (segala
keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan
(kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada
keredaan Allah (dengan iman dan taat).
[30]
Dan tiadalah kamu
berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki
Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
[31]
Ia memasukkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya
(dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia
menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.