At-Takwiir
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
[1]
Apabila matahari
dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]
Dan apabila
bintang-bintang gugur berselerak;
[3]
Dan apabila
gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]
Dan apabila
unta-unta yang bunting terbiar;
[5]
Dan apabila
binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]
Dan apabila lautan
meluap-luap bercampur-baur;
[7]
Dan apabila
tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
[8]
Dan apabila anak
perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]
Dan apabila
surat-surat amal dibentangkan;
[11]
Dan apabila langit ditanggalkan
dari tempatnya;
[12]
Dan apabila neraka
dinyalakan menjulang;
[13]
Dan apabila Syurga
didekatkan;
[14]
(Setelah semuanya
itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang
amal yang telah dibawanya.
[15]
Oleh itu, Aku
bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
[16]
Yang beredar, juga
yang tetap pada tempatnya;
[17]
Dan malam, apabila ia hampir habis,
[18]
Dan siang, apabila ia mulai terang;
[19]
Sebenarnya Al-Quran
itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang
mulia,
[20]
Yang kuat gagah,
lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
[21]
Yang ditaati di
[22]
Dan sebenarnya
sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam),
bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
[23]
Dan (Nabi Muhammad
yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi
sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit
yang nyata.
[24]
Dan bukanlah Nabi
Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya
mengenai perkara-perkara yang ghaib.
[25]
Dan sebenarnya
Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
[26]
(Dengan yang demikian)
maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan
Al-Quran)?
[27]
Al-Quran itu tidak
lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
[28]
Iaitu bagi sesiapa
dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
[29]
Dan kamu tidak dapat
menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur
oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.