Al-Insyiqaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
[1]
Apabila langit
terbelah,
[2]
Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
[3]
Dan apabila bumi
diratakan,
[4]
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
[5]
Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka
pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
[6]
Wahai manusia!
Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu)
dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian
engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah
usahakan itu (tercatit semuanya).
[7]
Kemudian sesiapa
yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan
kanannya, -
[8]
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
[9]
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan
sukacita.
[10]
Dan sesiapa yang
diberi menerima
[11]
Maka ia akan meraung
menyebut-nyebut kebinasaannya,
[12]
Dan ia akan
menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
[13]
Sebenarnya ia semasa
di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
[14]
Sesungguhnya ia
menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima
balasan) !
[15]
(Sangkaannya itu
tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat
dan Mengetahui keadaannya!
[16]
Maka Aku bersumpah,
demi mega;
[17]
Dan malam serta
segala yang dihimpunkannya;
[18]
Dan bulan apabila (penuh
cahayanya) menjadi purnama:
[19]
Sesungguhnya kamu
tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum
kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
[20]
Maka apakah alasan
bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
[21]
Dan (apakah pula
alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan
sujud?
[22]
(Tidak ada satu
alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
[23]
Sedang Allah
mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
[24]
Maka khabarkanlah
kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
[25]
Tetapi orang-orang
yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak
putus-putus.