[21]
Dan
demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu
mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan
bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku
semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya
semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata:
"Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang
mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang
yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya
kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".
[22]
(Sebahagian dari)
mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu
tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula
berkata:"Bilangan mereka
[23]
Dan janganlah engkau
berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan
lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
[24]
Melainkan (hendaklah
disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta
sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan
Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari
ini".
[25]
Dan mereka telah
tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan
sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
[26]
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya
lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh
penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan
bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk
campur dalam hukumNya.
[27]
Dan baca serta
turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang
dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat
tempat perlindungan selain daripadaNya.