[207]
(Tentulah)
kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka
sebarang pertolongan.
[208]
Dan tiadalah Kami membinasakan
mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus
kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
[209]
Memperingatkan
mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
[210]
Dan Al-Quran itu
pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
[211]
Dan tidak layak bagi
Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat
melakukannya.
[212]
Sesungguhnya mereka
dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
[213]
Maka janganlah
engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya
engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
[214]
Dan berilah
peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
[215]
Dan hendaklah engkau
merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
[216]
Kemudian jika mereka
berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri
dari apa yang kamu lakukan!"
[217]
Dan berserahlah
kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[218]
Yang melihatmu
semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
[219]
Dan (melihat)
gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
[220]
Sesungguhnya Dia lah
jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[221]
Mahukah, Aku khabarkan
kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
[222]
Mereka selalu turun
kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
[223]
Yang mendengar
bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang
kebanyakan beritanya adalah dusta.
[224]
Dan Ahli-ahli syair
itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
[225]
Tidakkah engkau
melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam
tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
[226]
Dan bahawa mereka
memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
[227]
Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka
pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka
dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan
mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.