[40]
Maka Aku bersumpah
dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi)
tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat
tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -
[41]
(Membinasakan
mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari
mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
[42]
Oleh itu, biarkanlah
mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main
(dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka
(untuk menerima balasan)! -
[43]
Iaitu hari mereka
segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke
[44]
Sambil
pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah
dijanjikan kepada mereka.
Nuh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1]
Sesungguhnya Kami
telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya):
"Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi
azab yang tidak terperi sakitnya".
[2]
dia pun (menyeru
mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada
kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
[3]
"Iaitu
sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu
kepadaku;
[4]
"Supaya Allah
mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup
(dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah
beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah,
apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui
(hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
[5]
(Setelah puas menyeru
mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
[6]
"Maka seruanku
itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi
mereka melarikan diri (dari kebenaran).
[7]
"Dan
sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau
mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari
masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya,
dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
[8]
"Kemudian aku
telah menyeru mereka dengan terang-terang;
[9]
"Selain dari
itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan
berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan
perlahan-lahan.
[10]
"Sehingga aku
berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya
adalah Ia Maha Pengampun.